Showing posts sorted by relevance for query Resepi Nasi Ayam Penyet Jawa. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Resepi Nasi Ayam Penyet Jawa. Sort by date Show all posts

Monday, 16 January 2017

Inilah Resepi Nasi Ayam Penyet yang Enak dan Lezat

resepinasienak.blogspot.com - Assalamualaikum. Halo sahabat resep nasi enak. Semalam saya makan nasi ayam penyet bersama keluarga. Saya jadi memiliki ide untuk membagikan resep dan cara pembuatan nasi ayam penyet tersebut. Sebelumnya saya akan memberi tahu nasi ayam penyet ini berasal dari Surabaya. Satu nasi ayam penyet biasanya dihidangkan dengan nasi ayam sambal tempe dan berbagai jenis sayuran. Istilah penyet berasal dari bahasa Jawa yang berarti lumat. Dari istilah tersebut berarti ke semua bahan ditumbuk jadi satu dengan ayamnya. Hal tersebut membuat masakan menjadi sangat nikmat. Sudah tidak sabar lagi ya untuk membaca resep dan cara membuat nasi ayam penyet. Oke Langsung saja inilah resep nasi ayam penyet yang enak dan lezat.



Inilah Resepi Nasi Ayam Penyet yang Enak dan Lezat 


Bahan Bahan 


  • 1 ekor ayam
  •        *dipotong ikut kesesuaian.
  •        *direbus sehingga empuk bersama dengan seketul kiub pati ayam
  •        *Setelah empuk,angkat dan toskan.
  •        * Air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup ayam.

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  •        *sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging 
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1 biji telur



CARA - CARA MEMERAP AYAM



  • Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.

  • Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. 

  • Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 

  • Bila dah halus, lumurkan bahan pada ayam yang direbus tadi

  • Perap ayam ini sekurangnya 3 hingga 4 jam dan untuk hasil yang lebih enak 
  • perapkan ayam semalaman sebelum di goreng. 

  •   * Lebihan bahan perapan boleh dilumurkan ke dalam tempe,tauhu dan perapkan sekali bersama ayam dalam bekas yang berlainan. 



CARA - CARA MEMASAK AYAM



  • Ayam yang telah diperap bersama dengan tempe dan tauhu dicampurkan dengan tepung beras dan telur.

  • Tambahkan sedikit garam atau kurang mengikut citarasa.

  • Celupkan ayam serta tempe dan tauhu ke dalam tepung beras dan telur.

  • Goreng dalam minyak yang penuh / terendam.

  • Hampas dalam bahan perapan juga digoreng sekali untuk dihidangkan bersama ayam nanti.

  • *sebelum menggoreng ayam anda dicadangkan untuk menggoreng tauhu dan tempe terlebih dahulu.



RESEPI UNTUK NASI

BAHAN - BAHAN


  • 3 cawan beras *dicuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih* dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • sedikit butter
  • secubit garam
  • 6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
  • 1 helai daun pandan di simpul



CARA - CARA MEMBUATNYA



  • Cairkan butter

  • Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan Sehingga harum

  • Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit

  • Kemudian baru masukkan air rebusan ayam

  • Tambahlan sedikit garam atau kiub pati ayam mengikut citarasa

  • Masak nasi seperti biasa sehingga masak.




RESEPI UNTUK SUP AYAM


BAHAN - BAHAN


  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 1 inc halia ~ dihiris
  • daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng ~ untuk hiasan


 CARA - CARA MEMBUATNYA



  • Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
  • Panaskan semula atas dapur .Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
  • Masak hingga didih .Tambahkan garam / kiub pati ayam mengikut citarasa

  • Taburkan daun sup dan daun bawang

  • *Cadangan untuk menabur bawang goreng dan sedikit lada ke dalam sup.



RESEPI SAMBAL AYAM PENYET


BAHAN - BAHAN



  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  •           * bilangan cili boleh dikurangkan mengikut kepedasan masing - masing

  • 10 biji bawang merah dibelah 4
  • 3 biji bawang putih *dihiris
  • 5 biji tomato ~ dibelah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah atau secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Limau nipis atau limau kasturi



CARA - CARA MEMBUATNYA



  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan

  • Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato sehingga sedikit layu
  • Sejukkan bahan - bahan tadi kemudian masukan kesemua bahan goreng tadi bersama belacan bakar dalam mesin kisar dan kisar sehingga lumat.

  • Panaskan semula baki minyak untuk mengoreng tadi.Tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
  • Tambahkan garam dan gula merah mengikut citarasa
  • Siap untuk dihidangkan.

  • * Perahkan limau semasa dihidangkan.




NOTA TAMBAHAN



  • * Ayam penyet juga boleh dipanggang selain dari digoreng.Ayam yang telah diperap dipanggang dengan sambal yang telah dibuat untuk memastikan isi ayam sebati dengan sambal. 

  • *Kebiasannya ayam adalah bahan yang terakhir disiapkan untuk hidangan bagi memastikan ayam masih panas semasa dihidangkan.

  • *Ayam yang telah masak dilenyek atau dipenyek - penyek dengan sambal sebelum dihidangkan.sambal yang selebihnya diperahkan limau untuk dihidang bersama ulam - ulaman

  • *Anda boleh menambahkan sayuran ulaman lain seperti sayur kobis dan pucuk ubi serta pelbagai ulaman mengikut selera anda.

  • *Sesetengah tempat merebus sayur terlebih dahulu sebelum dihidangkan bersama ayam dan nasi.

  • *Tempe dan tauhu yang telah diperap digoreng sebelum dihidangkan

  •  *Hidangkan Nasi,Ayam penyet dan Sup dan Sambal yang panas - panas untuk keenakannya.


Untuk lebih jelasnya silahkan lihat video tutorial berikut

Jangan lupa subscribe channel aslinya ya..

Sekian dulu ya artikel kali ini saya mau istirahat. Baca juga Inilah Resep Nasi Uduk yang Enak dan Lezat
Read more